Friday, December 17, 2010

1 Murid 1 Sukan

PUTRAJAYA 14 Dis. - Kementerian Pelajaran mengingatkan pihak pentadbir sekolah bahawa pelaksanaan dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mulai tahun depan adalah dikhususkan untuk murid yang tidak mempunyai masalah kesihatan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, semua murid termasuk yang berkeperluan khas wajib didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

''Selain itu, pihak sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan secara sistematik supaya dapat meningkatkan penyertaan dan membantu dalam perkembangan potensi setiap murid dalam sukan.

''Pihak sekolah hendaklah mengoptimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran yang sedia ada di sekolah atau kawasan persekitaran dengan mengutamakan keselamatan murid," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu surat pekeliling yang dipetik dari laman web rasmi kementerian di sini, hari ini.

Pada 17 Mac lalu, mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran telah memutuskan bahawa Dasar 1M1S akan dilaksanakan mulai tahun depan di semua sekolah kementerian.

Dasar itu diwajibkan untuk tahun empat hingga tahun enam di sekolah rendah dan peralihan, tingkatan satu hingga tingkatan enam di sekolah menengah.

Abdul Ghafar memberitahu, pihak sekolah digalakkan untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi atau pihak luar bagi program pembangunan sukan di sekolah masing-masing.

''Pihak sekolah hendaklah memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun berdasarkan aktiviti rumah sukan dan kelab sukan," katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, sistem penilaian bagi penyertaan murid itu adalah berdasarkan kepada sistem sedia ada yang berasaskan kehadiran, jawatan serta sumbangan, penglibatan dan pencapaian.

''Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa dengan murid tahun empat dan tingkatan satu mulai tahun 2012," katanya.

-Ihsan dari Utusan Malaysia-


Keputusan PMR diumum 23 Disember


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Dise

mber ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini memberitahu analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan menda

pat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - BERNAMA.

-Ihsan dari Utusan Malaysia, 16 Disember 2010-


Wednesday, October 6, 2010

Good Luck!


Selamat Berjaya kepada para Pelajar Tingkatan 3 & 5 SMK Iskandar Shah.

Insyaallah dengan berkat usaha semua pihak terutama diri sendiri, kejayaan pasti milik kita.

Berikut adalah 10 Tips untuk menghadapi peperiksaan secara umumnya:-

1. Tidur Awal

Tidurlah awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.

2. Bangun Awal

Cuba banguns eawal mungkin pada pagi hari peperiksaan. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 rakaat. Samaada solat taubat, tahajjud ataupun hajat terutamanya. Doa dan minta pada Allah supaya permudahkan kita untuk menjawab soalan.

3. Baca surah Yaasin

Seorang kenalan pernah berkata,"Surah Yaasin adalah 'surah yang memudahkan'. Sebab itu kalau orang sakit tenat digalakkan untuk kita baca surah Yaasin supaya kalau ajal nya sudah sampai, maka mudahlah roh nya untuk keluar dari jasad". Jadi siapa yang mengamalkan membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan. Jadi, peruntukkan sedikit masa untuk baca surah Yaasin, setidak-tidaknya pada hari kita nak menduduki peperiksaan. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita.

4. Telefon Ibubapa

Doa ibubapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibubapa kita sebelum menduduki peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita. InsyaAllah, dengan berkat doa ibubapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita.

5. Pergi ke Dewan Peperiksaan Lebih Awal

Pastikan diri kita tiba di tempat peperiksaan setidak-tidaknya 15 minit lebih awal dari masa peperiksaan bermula. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat.

Saya pernah melihat seorang calon yang sampai lewat ke dewan peperiksaan. Memang kelam kabut dan huru hara dibuatnya. Saya lihat dia termengah-mengah, berpeluh dan nampak kusut pada wajahnya. Sedangkan pada masa itu, orang lain dah bersiap sedia dengan tenang di tempat duduk masing-masing untuk menjawab soalan. Dia pulak, memang nampak kelam kabut dan tidak tenteram. Dalam keadaan begitu, adakah anda rasa dia boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik??

Jadi, sila pastikan diri kita untuk datang awal ke tempat peperiksaan.

6. Senyum dan Sapa

Kalau anda sampai awal di tempat peperiksaan, cubalah untuk bertegur sapa dengan calon-calon lain. Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan atau kerisauan kita pada peperiksaan bakal diduduki. Dengan menegur calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa lebih berkeyakinan.

7. Kunyah gula-gula getah (chewing gum)

Cara ini bukan saja membuatkan diri berasa segar, malah otak akan lebih pick-up daripada biasa. Jadi, kepada yang tak pernah mencuba tips ini, cubalah kunyah ‘chewing gum‘ semasa anda menduduki sebarang peperiksaan.

(Pastikan chewing gum dibuang di dalam tong sampah)

8. Baca selawat kalau ada soalan yang sukar

Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, baca kembali soalan dan jawablah dengan sebaik mungkin.

9. Ucap Alhamdulillah dan bertawakal kepada Allah

Selepas habis menjawab semua soalan. Ucapkanlah Alhamdulillah dan bertawakallah kepada Allah. Yakin dan bersangka baik lah dengan Allah bahawa Allah akan memberikan kejayaan pada kita berkadar dengan usaha yang kita telah lakukan.

10. Muhasabah diri

Catatkan kelemahan-kelemahan atau kekurangan-kekurangan yang kita telah lakukan dalam menghadapi peperiksaan. Catatan ini penting supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan dan anda akan dapat mempertingkatkannya pada masa-masa yang akan datang.

Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Lebaran buat seluruh warga SMK Iskandar Shah. Semoga Lebaran kali ini memberi seribu erti buat kita. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Selamat Berjaya


Selamat Berjaya diucapkan buat para pelajar yang sedang menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2010. Semoga ini dapat menjadi panduan dan pengalaman sebelum menempuh peperiksaan sebenar. Insyaallah, anak-anak Iskandar Shah boleh berjaya.. Aminn

Cara Mendidik yang Baik

Sebagai makhluk paling sempurna di dunia, manusia mendapatkan tugas untuk beribadah dan mengatur alam raya. Agar manusia mampu menjalankan tugas tersebut dengan baik, Allah memberikan modal. Modal itu adalah fitrah. Dalam keadaan fitrah yang berarti bersih dan suci, manusia memiliki potensi kebaikan, cenderung menerima kebenaran, dan menyukai hal-hal yang sesuai aturan. Namun, modal fitrah itu tidak akan berarti tanpa dijaga dan dikembangkan. Di antara cara untuk menjaga fitrah adalah pendidikan. Dengan pendidikan, manusia diharapkan bisa menjaga dan mengembangkan fitrah serta tumbuh menjadi manusia berakhlak mulia, memimpin dengan bijaksana. Pendidikan tidak lepas dari pembelajaran. Pendidik sebagai fasilitator membantu peserta didik mengembangkan potensi mereka menuju kebaikan. Karena itu, peran pendidik sangat penting dalam proses pendidikan. Pendidik harus menyadari itu dan menjalankan proses pendidikan dengan sepenuh hati dan hati-hati. Tidak ceroboh dan seenaknya sendiri. Namun, saat mengajar, kita sering hanya memenuhi kewajiban. Dampaknya, kita menyampaikan materi seenaknya. Kita melupakan posisi peserta didik sebagai makhluk yang punya fitrah kebaikan. Mengabaikan mereka sebagai manusia yang punya perasaan dan keinginan seperti manusia umumnya. Kita lupa bahwa mereka juga ingin dihargai dan dihormati. Kadang, kita memberikan tugas tanpa menjelaskan alasan, kenapa siswa harus melaksanakan tugas tersebut. Sering juga kita tidak mau tahu kondisi peserta didik. Mereka mampu mengerjakan atau tidak, yang penting tugas harus diselesaikan dengan baik dan tepat waktu. Tak jarang, kita juga menghukum peserta didik dengan sekehendak hati, tanpa melihat alasan yang melatari mereka melakukan kesalahan. Kita merasa harga diri terinjak jika kesalahan mereka tidak dihukum dengan setimpal. Pendidik kadang juga menggunakan kata-kata yang tidak sepantasnya diucapkan di kelas. Misalnya, “Lambat banget sih. Dari tadi dijelaskan kok tidak paham-paham. Dasar anak tidak punya sopan santun. Dasar anak nakal.” Masih banyak lagi kalau mau diteruskan Pendidik paham bahwa peserta didik memiliki potensi untuk baik. Dengan demikian, mereka tidak menganggap siswa seperti gelas kosong, lalu mengisinya terus dengan air sampai airnya tumpah karena kepenuhan. Begitu juga mengajar. Tak semestinya guru menganggap siswa sebagai sosok yang tidak tahu apa-apa, benda mati yang tidak punya kemauan dan perasaan. Pendidik yang mendidik dengan hati akan selalu hati-hati dalam mengajar, selalu mendoakan peserta didik, dan menganggap mereka sebagai buah hati yang harus selalu dilindungi, dijaga perasaannya, dan dihormati keinginannya. Dengan demikian, akan timbul perasaan saling menghormati dan menyanyangi antara pendidik dan peserta didik. Kita harus yakin, jika kita menghormati, menyayangi, dan menghargai siswa, mereka pasti memperlakukan kita dengan sikap sama. Patuh bukan karena takut, tetapi karena sayang. Dengan saling menyayangi, proses pembelajaran akan menyenangkan dan mampu mencapai tujuan yang diharapkan.

Monday, May 31, 2010

LADAP SMK ISKANDAR SHAH






Pada 22hb. Mei yang lalu, LADAP ke-3 telah diadakan. Ia merangkumi 3 sesi iaitu slot Tanaman Makanan, Masakan & ICT. Bagi slot ICT, tenaga pengajar yang terlibat adalah En. Asrull, En. Shukri, Pn. Nor Hazreena dan Cik Siti Aisyah. Subjek utama pengajaran adalah Facebook. Slot ini bermula pada pukul 11 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Makmal Komputer 1 & 2.

Tuesday, May 18, 2010

Bengkel Adobe Photoshop CS4

Pada 8hb. Mei yang lalu, seramai sepuluh pelajar asrama Tingkatan 2 telah menyertai Bengkel Adobe Photoshop CS4 di SBPI Selandar. Ia turut disertai oleh 20 orang pelajar SBPI Selandar. Bengkel ini dianjurkan sepenuhnya oleh Komuniti Fasilitator Schoolnet Negeri Melaka dengan kerjasama SBPI Selandar & SMK Iskandar Shah...

Objektif Program:
  • Membudayakan penggunaan ICT kepada semua warga sekolah.
  • Mewujudkan kerjasama antara FS Komuniti Melaka.
  • Mewujudkan tenaga kerja berilmu demi kemajuan negara pada masa hadapan.
  • Melahirkan generasi Celik IT di peringkat akar umbi.
  • Menyahut seruan “ Melaka Negeri Maju 2010”.



Pengisian Program:
  • Mempelajari kaedah mengedit gambar(editing tools & picture effects), membuat wallpaper desktop dan pertandingan mencipta wallpaper secara individu.



Program yang bermula pada pukul 8stgh pagi berakhir pada 1 petang..

Thursday, May 13, 2010

Majlis Meraikan Pelajar PMR & SPM

Majlis ini diadakan khusus untuk pelajar-pelajar PMR & SPM yang cemerlang dalam peperiksaan Pengesanan pertama.. Peningkatan ini berdasarkan pencapaian dari lemah ke baik setiap mata pelajaran. Majlis ini turut diserikan oleh Pengetua, guru GPK 1, GPK HEM, GPK KOKU dan GKMP. Syabas buat para pelajar tersebut. 'Keep up the good work!!!'

PMR

SPM

Wednesday, May 12, 2010

Lawatan Kelompok JPN








Pada 29 Mac 2010 yang lalu, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah mengadakan lawatan berkelompok di SMK Iskandar Shah.

Tuesday, April 6, 2010

Gotong-royong Denggi






Diadakan pada 01 April 2010 yang lalu sempena kempen 'cegah aedes, cegah denggi'.

Pelancaran Anti Dadah





Guru-guru menurunkan tandatangan sebagai tanda perasmian Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah pada 28 Mac 2010.

Lawatan kerja YDP Jasin






Lawatan Kerja oleh YDP Jasin pada 25 Mac 2010 yang lalu.

Program Nilam





Program Nilam telah dilancarkan pada 27 Februari 2010.

Keputusan SPM 2009






Keputusan SPM telah dikeluarkan di sekolah pada 10 Mac 2010 yang lalu. Secara keseluruhannya, peratus 'A' meningkat. 41.03 peratus pada 2009 daripada tahun 2008 iaitu 36.16 peratus. Tahniah kerana semua calon berjaya lulus.
  1. SPM 2009
  • Jumlah Calon : 181 orang
  • Jumlah layak mendapat sijil : 181 orang
  • Gred Purata Sekolah: 3.49
  • Peratus 'A': 41.03
  • 'A' dalam semua m/pelajaran: 3.31
2. SPM 2008
  • Jumlah Calon : 180 orang
  • Jumlah layak mendapat sijil : 180 orang
  • Gred Purata Sekolah: 3.71
  • Peratus 'A': 36.16
  • 'A' dalam semua m/pelajaran: 3.85