Tuesday, April 6, 2010

Gotong-royong Denggi






Diadakan pada 01 April 2010 yang lalu sempena kempen 'cegah aedes, cegah denggi'.

Pelancaran Anti Dadah





Guru-guru menurunkan tandatangan sebagai tanda perasmian Minggu Anti Dadah peringkat Sekolah pada 28 Mac 2010.

Lawatan kerja YDP Jasin






Lawatan Kerja oleh YDP Jasin pada 25 Mac 2010 yang lalu.

Program Nilam





Program Nilam telah dilancarkan pada 27 Februari 2010.

Keputusan SPM 2009






Keputusan SPM telah dikeluarkan di sekolah pada 10 Mac 2010 yang lalu. Secara keseluruhannya, peratus 'A' meningkat. 41.03 peratus pada 2009 daripada tahun 2008 iaitu 36.16 peratus. Tahniah kerana semua calon berjaya lulus.
  1. SPM 2009
  • Jumlah Calon : 181 orang
  • Jumlah layak mendapat sijil : 181 orang
  • Gred Purata Sekolah: 3.49
  • Peratus 'A': 41.03
  • 'A' dalam semua m/pelajaran: 3.31
2. SPM 2008
  • Jumlah Calon : 180 orang
  • Jumlah layak mendapat sijil : 180 orang
  • Gred Purata Sekolah: 3.71
  • Peratus 'A': 36.16
  • 'A' dalam semua m/pelajaran: 3.85

Program Khidmat Masyarakat






Program ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 6 yang telah menjalankan program khidmat masyarakat di Masjid Kampung Kelubi pada 24 Februari 2010.

Program BUDI






BUDI atau Belaian Untuk Didik Insan telah dilancarkan pada 18 Februari 2010. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar dengan lebih dekat lagi. Ia juga dikenali sebagai Program Mentor-Mentee.

Tahun Baru Cina





Penyampaian saguhati daripada pihak sekolah sempena Sambutan Tahun Baru Cina, iaitu pada 11 Februari yang lalu. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengetua SMK Iskandar Shah, Puan Hjh. Zariyah Binti Daud.

Hari Olahraga Sekolah




Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Januari 2010. Rumah Hijau iaitu Syahbandar telah memenangi kategori acara keseluruhan.

Program Gotong-royong Perdana






Gotong-royong Perdana telah diadakan pada 19 Januari 2010. Semua warga sekolah terlibat dalam program ini.

Lamanya tidak aktif....

Salam semua... Kita bertemu kembali, kini telah masuk ke bulan yang keempat tahun 2010. Rasa lama sangat tidak upload apa-apa dalam blog sekolah ini. Berikut ada beberapa program yang berlangsung sekitar 3 bulan pertama persekolahan 2010.. Antaranya adalah Gotong-royong Perdana, Hari Olahraga Sekolah, Program Nilam, Pelancaran Anti Dadah, Gotong-royong Denggi dan sebagainya.