Wednesday, October 6, 2010

Good Luck!


Selamat Berjaya kepada para Pelajar Tingkatan 3 & 5 SMK Iskandar Shah.

Insyaallah dengan berkat usaha semua pihak terutama diri sendiri, kejayaan pasti milik kita.

Berikut adalah 10 Tips untuk menghadapi peperiksaan secara umumnya:-

1. Tidur Awal

Tidurlah awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.

2. Bangun Awal

Cuba banguns eawal mungkin pada pagi hari peperiksaan. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 rakaat. Samaada solat taubat, tahajjud ataupun hajat terutamanya. Doa dan minta pada Allah supaya permudahkan kita untuk menjawab soalan.

3. Baca surah Yaasin

Seorang kenalan pernah berkata,"Surah Yaasin adalah 'surah yang memudahkan'. Sebab itu kalau orang sakit tenat digalakkan untuk kita baca surah Yaasin supaya kalau ajal nya sudah sampai, maka mudahlah roh nya untuk keluar dari jasad". Jadi siapa yang mengamalkan membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan. Jadi, peruntukkan sedikit masa untuk baca surah Yaasin, setidak-tidaknya pada hari kita nak menduduki peperiksaan. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita.

4. Telefon Ibubapa

Doa ibubapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibubapa kita sebelum menduduki peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita. InsyaAllah, dengan berkat doa ibubapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita.

5. Pergi ke Dewan Peperiksaan Lebih Awal

Pastikan diri kita tiba di tempat peperiksaan setidak-tidaknya 15 minit lebih awal dari masa peperiksaan bermula. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat.

Saya pernah melihat seorang calon yang sampai lewat ke dewan peperiksaan. Memang kelam kabut dan huru hara dibuatnya. Saya lihat dia termengah-mengah, berpeluh dan nampak kusut pada wajahnya. Sedangkan pada masa itu, orang lain dah bersiap sedia dengan tenang di tempat duduk masing-masing untuk menjawab soalan. Dia pulak, memang nampak kelam kabut dan tidak tenteram. Dalam keadaan begitu, adakah anda rasa dia boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik??

Jadi, sila pastikan diri kita untuk datang awal ke tempat peperiksaan.

6. Senyum dan Sapa

Kalau anda sampai awal di tempat peperiksaan, cubalah untuk bertegur sapa dengan calon-calon lain. Komunikasi ‘ringan’ dengan calon lain ini dapat mengurangkan tekanan atau kerisauan kita pada peperiksaan bakal diduduki. Dengan menegur calon lain, kita tidak akan berasa keseorangan, malah kita akan berasa lebih berkeyakinan.

7. Kunyah gula-gula getah (chewing gum)

Cara ini bukan saja membuatkan diri berasa segar, malah otak akan lebih pick-up daripada biasa. Jadi, kepada yang tak pernah mencuba tips ini, cubalah kunyah ‘chewing gum‘ semasa anda menduduki sebarang peperiksaan.

(Pastikan chewing gum dibuang di dalam tong sampah)

8. Baca selawat kalau ada soalan yang sukar

Kalau ada soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, selawat lah ke atas Nabi SAW sebanyak 3 kali. Dan kemudian, baca kembali soalan dan jawablah dengan sebaik mungkin.

9. Ucap Alhamdulillah dan bertawakal kepada Allah

Selepas habis menjawab semua soalan. Ucapkanlah Alhamdulillah dan bertawakallah kepada Allah. Yakin dan bersangka baik lah dengan Allah bahawa Allah akan memberikan kejayaan pada kita berkadar dengan usaha yang kita telah lakukan.

10. Muhasabah diri

Catatkan kelemahan-kelemahan atau kekurangan-kekurangan yang kita telah lakukan dalam menghadapi peperiksaan. Catatan ini penting supaya kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan dan anda akan dapat mempertingkatkannya pada masa-masa yang akan datang.

No comments:

Post a Comment